Monday, March 26, 2007

Tetawak (idiofon)

Pengenalan
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.

Fungsi



Tetawak digunakan dalam kebanyakan muzik tradisional Melayu seperti Wayang Kulit, Mak Yong, Dikir Barat, muzik mengiringi tarian dan sebagainya. Tetawak juga digunakan dalam pancaragam mengiringi tarian seperti Sumazau, Limbai, Tingkad-Tingkad Silat, persandingan dan lain-lain istiadat yang tertentu di Sabah.

Cara Bermain
Cara bermain dengan digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas.

Saron (idiofon)

Pengenalan
Secara amnya saron ialah alat muzik jenis zailofon yang diperbuat dari kepingan gangsa. Terdapat tiga jenis saron iaitu saron demung, saron barung dan saron peking atau saron penerus. Tiap-tiap kepingan dilaraskan mengikut aturan berbaris di atas kotak gema kayu.

Fungsi

Digunakan dalam Joget Gamelan Pahang dan Terengganu.

Cara Bermain

Seorang pemain memalu kepingan-kepingan dengan pemalu.

Kenong (idiofon)

Pengenalan


Gong berbentuk periuk besar yang berbusut di tengah-tengah diperbuat daripada perunggu. Diatur melintang di atas tali yang direntang pada para-para. Kenong merupakan versi besar daripada gong yang biasanya set-set kecil. Kenong yang kedapatan dalam Joget Gamelan adalah seakan dan tiruan dari Gamelan Jawa Tengah.


Fungsi

Digunakan dalam joget gamelan Pahang, Trengganu dan gamelan Batu Pahat.

Cara Bermain


Dipalu dengan pemalu berbalut dihujungnya. Dimainkan oleh seorang pemain.


Sarong barong (idiofon)




Pengenalan
Saron barung berukuran kecil sedikit dari saron demung dan besar sedikit dari sarun peking. Sejenis alat zailofon yang mengandungi enam kepingan logam yang diletakkan di atas dengungan kayu. Kepingan logam ini dipakukan di atas kotak secara longgar dan dijarakkan sedikit untuk membolehkan getaran yang maksimum. Kepingan yang lebih kecil dan lebih tebal bernada lebih tinggi.

Fungsi
Kebiasaanya dimainkan dalam pertunjukan gamelanTerengganu, Pahang dan Jawa.

Cara Bermain
Alat ini dimainkan oleh seorang pemain dengan sepasang pengetuk kayu. Saron barung ini memainkan melodi utama di mana satu not diketuk pada setiap rentak.


Caklempong (idiofon)

Pengenalan
Gong kecil diperbuat dari perunggu berbentuk periok. Berbusut di tengah-tengah permukanya.

Fungsi
Digunakan dalam muzik tradisional Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan dan Perak bagi kegunaan iringan (1) Pencak Silat (ii) Tarian Piring (iii) Tarian Lilin (iv) Tarian Inai (Terinai) (v) Mengarak pengantin (vi) Randai (vii) Pelbagai lagu tempatan

Cara Bermain

Gong-gong diatur berbaris melintang diatas Para panjang dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu oleh seorang pemain.








Anglung (idiofon)

Pengenalan
Batang-batang buluh yang tidak sama ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu. Batang?batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujong lain. 2 - 3 batang dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak bila bingkai ini digoncang.
Fungsi

Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor. Cara Bermain

Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang untuk mengeluarkan bunyi.




Sompoton (erofon)

Pengenalan

Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

Fungsi

Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian.

Cara Bermain



Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.




Serunai (erofon)



Pengenalan

Diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering. Terdapat beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah yang ukirannya agak kurang menonjol dan serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara serta diwarnai dengan warna yang terang.

Fungsi

Serunai dimainkan bersama wayang kulit, nobat, gendang keling, menora dan juga gendang silat.

Cara Bermain




Pelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai.


Nafiri (erofon)


Pengenalan

Nafiri ialah sejenis alat tiupan horn yang diperbuat dari perak dan berukuran panjang 32 inci. Ia mengeluarkan bunyi yang sayup dan menggerunkan.

Fungsi
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.

Cara Bermain

Dipegang tegak pada bibir peniup. Bibir diletak pada mulut peniup alat tiupan itu dan dibuat getaran bila udara ditiupkan ke dalam alatan itu. Pic bertukar mengikut ketegangan bibir mulut pemain.


Seruling (erofon)






Pengenalan



Alat tiupan dibuat daripada buluh. Berbagai panjangnya dan berbagai pula jumlah lubang memetiknya.

Fungsi




Digunakan untuk memainkan muzik hiburan.

Cara Bermain



Ditiup pada pangkal. Seruling dipegang tegak pada mulut peniup. Bibir bawah diletak pada permukaan atas seruling dan angin ditiupkan melalui lubang kecil pada pangkal bahagian atas.




Rebana uni (membrafon)


Pengenalan


Rebana mempunyai satu muka berbentuk bulat. Belulang kerbau dipasang dan disirat dengan pasak-pasak kayu yang terdapat di kakinya. Ada tiga saiz.

Fungsi

Digunakan untuk mengiringi nyanyian korus oleh penyanyi-penyanyi lelaki. Di Kelantan digunakan untuk Dikir Rebana Besar di Majlis Perkahwinan atau apa?apa keramaian.

Cara Bermain

Rebana digantung melintang dan dipalu dengan tangan. Satu setnya mengandungi tiga buah.

Kompang (membrafon)


Pengenalan

Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.

Fungsi

Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau

Cara Bermain
Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari.




















Geduk (membrafon)


Pengenalan

Geduk dibuat dari kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Didapati dalam dua ukuran iaitu satu besar dan satu lagi kecil, dipanggil ibu dan anak.

Fungsi










Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.

Cara Bermain


Geduk didirikan mukanya ke atas mengadap pemain. Mukanya dipalu dengan sepasang pemalu kayu.

Beduk (membrafon)







Pengenalan




Sejenis gendang yang berpasangan (ibu dan anak). Diperbuat dari kayu nangka yang berongga dan kedua-dua permukaan dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Hanya satu permukaan sahaja yang digunakan. Sebelah lagi digunakan setelah permukaan satu lagi rosak. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang dijadikan kaki.

Fungsi




Digunakan untuk tujuan persembahan wayang kulit, majlis keagamaan dan istiadat di kampung-kampung.

Cara Bermain

Dipalu dengan pemalu kayu pada satu permukaan sahaja.


Yang Qin(kordofon)






Pengenalan

Jenis zither, mempunyai banyak tali. Badan dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama. Tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah beberapa oktof semuanya, 2 - 6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. Pemulas selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya.

Fungsi

Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.

Cara Bermain

Diletak atas meja atau pelapik. Tali-tali diketuk dengan sepasang buluh dalam bentuk tukul kecil, dimainkan oleh seorang pemain yang duduk di hadapannya.










Pipa (kordofon)



Pengenalan

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.


Rebab (kordofon)


Pengenalan



Alat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

Fungsi

Digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.

Cara Bermain

Rebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.


Gambus (kordofon)






Gambus


Pengenalan
Sejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

Fungsi
Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara Bermain
Dipetik bagaimana cara bermain guitar.
















Sunday, March 25, 2007

alat muzik tradisional





Selamat Datang Ke Laman Alat Muzik Tradisional


Kordofon
Alat dalam kumpulan kordofon adalah alat muzik yang bertali dan dimainkan dengan cara gesekkan.
Membrafon

Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.

Erofon

Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara.
Idiofon

Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalaspada rangka badan yang bergema.